Didalam tubuh manusia terdapat segumpal darah iaitu hati. Apabila
hati itu baik, maka baiklah keseluruhannya, dan sebaliknya apabila
hatinya jahat, maka jahatlah keseluruhannya.
Hati
adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi
memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan
kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak berarti
apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinaan
kualiti diri manusia bergantung pada kejayaan pembinaan hati seseorang
itu. Tidak ada maknanya sekira dikurniakan tubuh badan yang sihat tetapi
tidak pada hatinya.
Segala apa yang kita
lakukan adalah terletak pada niat dan hati. Apabila niatnya ikhlas hanya
kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Sebaliknya
jika niat itu lari dan hanya inginkan pujian semata dari orang dan
bukannya kerana ingin mendapat keredaan Tuhan, maka amalannya adalah
tidak bernilai sama sekali. Ketahuilah bahwa niat yang baik terletak
pada hati kerana hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas.
Daripada niat yang ikhlas melahirkan kekuatan yang begitu besar.
Hati
adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman
dapat kekal didalamnya. Keimanan tidak dapat bertahan lama dan tidak
hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih.
Berusahalah membersihkan hati dengan berzikir, merenung dan mengkaji
tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Latihlah hati menerima
dan menterjemah hikmah daripada setiap sesuatu kejadian dikeliling kita
kerena hanya dengan ini hati akan sentiasa hidup dan bebas daripada
segala penyakit hati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar